|

Balai Islam MAIM Dan SSBI Menyantuni 5 Keluarga Asnaf Saudara Baharu Muslim Di Sekitar DUN Bemban

BI1

BI2

BI3

BI4

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah Jumaat penghulu segala hari bersama Balai Islam MAIM dan Skuad Sukarelawan Balai Islam (SSBI) menyantuni 5 keluarga asnaf saudara baharu muslim @ mualaf di sekitar DUN Bemban, bersama kali ini Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Nasir bin Wahab. 

Melihat dengan lebih dekat keadaan mereka bersama keluarga mereka dan memastikan kesihatan mereka terjaga dan mendapat perhatian penuh dari MAIM. Tak lupa juga MAIM akan sentiasa memantau kebajikan mereka terjamin makanan, pendidikan anak-anak, tempat tinggal dan yang paling utama adalah akidah dan asas fardhu ain mereka.

Alhamdulillah dapat kita sampaikan kit makanan dan sumbangan wang tunai kepada mereka pada asasnya banyak skim bantuan kita telah bantu antaranya bantuan makanan bulanan, bantuan pendidikan anak-anak, bantuan sakit kronik dan bantuan sakit terlantar.

Mereka turut diberikan kelas asas fardhu ain dan mengenali bacaan al-quran setiap minggu bagi memastikan mereka sentiasa dapat mendalami ilmu untuk tujuan mengukuh akidah dan mengenali Islam dengan lebih baik. 

Allah SWT berfirman mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.” - Surah al-Anfal ayat 38.

FB:  Balai Islam MAIM Dan SSBI Menyantuni 5 Keluarga Asnaf Saudara Baharu Muslim Di Sekitar DUN Bemban

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat