




Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Seronok, ceria, gembira semua peserta yang hadir pada Hari Keluarga Saudara Muslim Mualaf Negeri Melaka 2025 hari ini. 335 orang saudara muslim hadir bersama keluarga mereka.
Kali ni tempat memang best . A'Famosa Safari Wonderland, semua ada senyum banyak happy healing bersama famili tercinta.
Macam-macam haiwan ada, boleh tengok depan mata naik kenderaan yang disediakan. Singa, harimau, badak air, pertunjukan gajah, burung, buaya dan macam-macam haiwan lagi selain itu, treasure hunt dan cabutan bertuah pun disediakan, hadiah utama peti sejuk, mesin basuh, basikal, microwave, penghawa dingin mudah alih dan macam-macam lagi. Syukur alhamdulillah rezeki mereka yang dapat.
Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Pengurus Baitulmal MAIM, Ybhg. Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Tahniah Bahagian Balai Islam MAIM. Berjaya menceriakan Hari Keluarga Saudara Muslim Mualaf kita tahun ini.



