|

Penyampaian Bantuan Persediaan Ramadhan DUN Ayer Molek

BPR1

BPR2

BPR3

BPR4

BPR5

BPR6

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai hari ini penyampaian Bantuan Persediaan Ramadhan DUN Ayer Molek.

Penyampaian telah disempurnakan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap ADUN Ayer Molek, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman. Hadir sama meraikan asnaf di majlis ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Untuk tahun ini seramai 8,781 orang asnaf fakir dan miskin layak menerima bantuan ini. 

DUN Ayer Molek.

Jumlah penerima : 366 orang asnaf

Asnaf fakir - RM 400 (setiap ketua isi rumah)

Asnaf miskin - RM 250 (setiap ketua isi rumah)

Bantuan Fidyah - RM 150 (setiap asnaf)

Setiap tanggungan (anak-anak) - RM 100.

Selain dari penyampaian Bantuan Persediaan Ramadhan, Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) ada sediakan Free Market di JAPERUN Ayer Molek sempena Program Bantuan Persediaan Ramadhan untuk tahun ni.

Ramai asnaf dapat kita bantu, rezeki mereka bila dapat bawa balik pakaian terpakai yang masih baik lagi-lagi nak bulan puasa ni.

Jadi pada semua masyarakat Islam yang berminat menyumbang pakaian yang masih baik, boleh terus datang ke premis Souq Majjani MAIM di Bukit Baru bersebelahan dengan Pusat Zakat Melaka.

Insha Allah BSAT MAIM akan sentiasa menyediakan Program Free Market di sekitar negeri ini.  

Alhamdulillah rezeki buat asnaf kita tahun ini, manfaat dan gunakanlah sebaik mungkin untuk persediaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Terima kasih pastinya untuk semua pembayar zakat di negeri ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas”. - Surah al- Zumar ayat 10.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB: Penyampaian Bantuan Persediaan Ramadhan DUN Ayer Molek

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat