



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Syukur pada Allah SWT hari ini, anak-anak Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zahra MAIM (KAYFAZ) berkelana agak jauh sikit ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah di Lendu mengikuti Program Hope2Learn yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Diploma Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan.
Bersama kali ini juga penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ). Pengisian yang amat baik meneliti tahap kesiapsagaan mentaliti dan fizikal peserta bagi menjadi anak, pelajar dan insan berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa akan datang.
Peserta diberi ruang melihat persekitaran kampus khususnya bangunan kuliah, dewan dan perpustakaan fakulti. Juga diberi peluang menikmati keindahan flora dan fauna sekitar kawasan UITM. Tepat jam 2.30 petang perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan UiTM, Puan Dr. Siti Normah binti Awamg Tuah.
Terima kasih juga kepada Pengurus KAYFAZ, Puan Hajah Norwati binti Sabudin dan Pengurus PKAYIDJ, Tuan Haji Isa bin Jolam sudi meluang masa hadir bersama pada program ini.
Doakan anak-anak KAYFAZ dan PKAYIDJ dapat melanjutkan pengajian mereka di UiTM ini dan mana-mana IPTA yang lain demi memastikan mereka menjadi insan dan pemangkin kehidupan kepada sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Jutaan terima kasih kepada pihak UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sudi berkolaborasi bersama dalam program ilmiah ini, ada masa ada ruang ada pilihan, kita jumpa lagi nanti insha Allah.
Allah SWT berfirman mafhumnya : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” -



