





Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Perasmian & Makan Malam Sempena Kembara Zakat Kebangsaan (KZK) Negeri Johor bertempat di Hotel Fraser Place Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.
Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid bersama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBrs Tuan Md Ramzi bin Ishak.
Doakan program Kembara Zakat Kebangsaan (KZK) ini diredhai dan mendapat keberkatan Allah SAW.
Konvoi KZK pagi menuju ke Daerah Batu Pahat :
- Konvoi kumpulan A KZK mengadakan serahan sumbangan dan tandatangan plak serta gimik penanaman benih cili secara fetigasi yang diusahakan asnaf di Kampung Geriba, Ayer Hitam dan aktiviti insaniah di rumah asnaf.
- Konvoi Kumpulan B KZK mengadakan gotong royong di rumah asnaf yang telah dipilih di Kampung Muhibbah, Peserai.
Petang konvoi KZK menuju dua lokasi :
- Lokasi pertama menuju ke Sekolah Kebangsaan Peserai Batu Pahat, Johor. Majlis pelancaran KZK disertai penyerahan bantuan zakat kepada asnaf.
- Lokasi kedua pula menuju ke Tanjung Piai Pontian Johor..di sana juga ada berlangsung aktiviti sukan rakyat yang antaranya sukan air. Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan zakat kepada asnaf disusuli dengan majlis Simbolik KZK untuk program pembangunan rakyat Tanjung Piai.
Peserta konvoi kembara zakat kebangsaan KZK 2025 menuju ke Majlis Perasmian Pelan Pembangunan Asnaf 2.0 Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bertempat di Bangunan Baitulmal Danga Walk Street Mall Danga Bay, Daerah Johor Bharu.
----
Dirasmikan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, YB Dato' (Dr) Haji Nooh bin Gadot bersama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBrs Tuan Md Ramzi bin Ishak.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta asnaf serta perasmian radio Annur. Juga membuat lawatan ke pusat kemahiran asnaf MAIJ.
----
Pelbagai produk asnaf berjaya dipasarkan antaranya kuih tat, sambal, kek kukus, karipap, kopi, roti bun pelbagai jenis. Semoga usahawan asnaf ini lebih berjaya di masa akan datang.
Peserta konvoi KZK 2025 berkesempatan menghadiri Majlis Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bharu. Bertema "Islam Dimartabat, Raja Berdaulat, Negeri Berkat" sempena sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Moderator : Ustaz Hariri bin Mohamad Daud ; Panel pertama : YB Dato' (Dr) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor ; Panel kedua : YB Prof. Dato' Dr. Kassim Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor merangkap Ahli Majlis Agama Islam Johor ; Panel Ketiga : Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Jabatan Siasah Syar'iyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
----
Berakhir Majlis Penutupan dan Penghargaan Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan KZK 2025 bertempat di Rock Cafe Laman Xpark Sunway Iskandar Puteri, Johor. Disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBhg. Dato' Selamat bin Paigo bersama Timbalan Mufti Negeri Johor, Sahibul Samahah YB Dato' Haji Ahmad Faisal bin Mohamed.
Diucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai tuan rumah dan penganjur program tahun 2025 ini. Syukur alhamdulillah program ini dapat berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kita jumpa lagi di masa hadapan insya Allah.
Nabi SAW bersabda dalam mafhumnya : “Jika mereka mematuhi perkara itu, beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam. Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka.” - Hadis Riwayat Muslim
"Membangun Ummah Madani"
FB: Program Kembara Zakat Kebangsaan (KZK) Negeri Johor



