|

Program Khatam Al-Quran & Iftar Jamie Sempena Hari Nuzul Al-Qur'an

KHATAM1

KHATAM2

KHATAM3

KHATAM4

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Alhamdulillah dapat bersama lebih 400 orang saudara muslim mualaf dalam Program Khatam Al-Quran & Iftar Jamie sempena Hari Nuzul Al-Qur'an. Dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan disusuli majlis khatam al-Qur’an serta tazkirah sirah nabawiyah.

Pengurus Bailtulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis hadir menyempurnakan majlis dengan penyampaian sijil khatam tadarrus al-Qur'an oleh peserta mualaf kita. Bayangkan mereka yang saudara baharu muslim pun boleh bertadarrus bersama, apatah lagi kita yang dilahirkan fitrahnya Islam sejak lahir, bacalah ayat suci al-Qruan walaupun sebaris ayat sehari.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwat dan makannya kerana-Ku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan Kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding kasturi." hadis Riwayat Muslim.

"Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

FB: Program Khatam Al-Quran & Iftar Jamie Sempena Hari Nuzul Al-Qur'an

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat