



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hebat saudara baharu muslim @ mualaf kita join dan sama-sama menyertai Program Pertandingan Explorace Sirah Nabawiyyah Mualaf Negeri Melaka 2025. Bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh. Seramai 20 orang peserta bersemangat join program ini.
Pelbagai aktiviti berwadahkan sirah nabawiyyah disediakan, alhamdulillah semua dapat selesaikan tugasan dengan baik dan tepat pada masanya.
Program ini anjuran bersama Bahagian Balai Islam MAIM dan NGO Islam iaitu Hidayah Centre Foundation bagi memberi peluang sadara baharu kita ini mendalami dengan lebih dekat sirah kenabian khususnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Tahniah kepada pemenang, syabas diucapkan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.
Allah SWT berfirman : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.”
Surah al-Anfal - ayat 38.
FB: Program Pertandingan Explorace Sirah Nabawiyyah Mualaf Negeri Melaka 2025



