



Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Alhamdulillah masuk 10 Ramadan terakhir mencari malam lailatul qadar kali ini dapat bersama dalam Program Qiammul Lail Perdana Masjid Kampung Hulu Tahun 2025M / 1446H.
Seramai 80 orang jemaah hadir bersama berqiamul Lail. Dimulakan dengan solat sunat taubat, tahajjud dan solat sunat tasbih serta sahur Jama'ie..Disusuli dengan solat subuh serta diakhiri dengan tazkirah kuliah subuh. Tazkirah kuliah subuh kali ini bertajuk "Semai di Dunia, Tuai di Akhirat" telah disampaikan oleh Penceramah jemputan daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ustaz Dr. Hj. Muhammad Hafiz bin Saleh Al-Hafiz.
Hadir bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis serta Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal MAIM, Encik Norazmi bin Hussin.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” - hadis Riwayat al-Bukhari.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."
FB: Program Qiammul Lail Perdana Masjid Kampung Hulu Tahun 2025M / 1446H



