



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ni Program Seminar Membina Keluarga Rahmah Daerah Alor Gajah (MEKAR) telah selesai diadakan di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah anjuran Bahagian Pembangunan Insan MAIM. 280 orang asnaf MAIM hadir bersama keluarga, mengikuti pengisian program yang diadakan.
Penceramah kita bukan calang - calang, Pengarah Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Encik Dr. Redwan bin Yasin.
Bak kata asnaf, best penceramah ni, macam-macam info berkenaan keluarga, kesihatan, kenali pasangan dan diri, penceramah sharekan. Diadakan juga Program Karnival Riang Ria Islam (KARIM) dengan pengisian simulasi haji bagi anak-anak asnaf, seronok adik-adik ini dapat join.
Yang penting peserta asnaf MAIM semuanya happy, ceria dan balik bukan tangan kosong tau. Free market @ baju percuma pun MAIM sediakan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohamed Yusoff. Hadir sama Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIM, Encik Muhammad Azizol bin Mohd Sahimi, Ketua Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa, Puan Haszlinda binti Zainal Abidin.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku." - Hadis riwayat at-Tirmidzi.
FB: Program Seminar Membina Keluarga Rahmah Daerah Alor Gajah (MEKAR)



