|

Program Ziarah Kasih Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di DUN Rembia WRUR

WRUR REM1

WRUR REM2

WRUR REM3

WRUR REM4

WRUR REM5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah program Ziarah Kasih Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di DUN Rembia sempena Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR).

Bersama menyantuni lima keluarga asnaf dalam program ini EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan dan Ketua Unit Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Nazril Hizam bin Yusoff.

Rumah pertama : Encik Adam bin Md Sohor, Kampung Rembia.

- Sakit terlantar dan lumpuh separuh badan sejak 6 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Rumah kedua : Encik Ridzuan bin Mohd Isa, Taman Sutera Indah.

- Tiada sumber pendapatan tetap dan mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah yang mana salah seorang anak beliau mengalami sakit radang usus kronik.

Rumah ketiga : Puan Hai Zaiton binti Ahmad.

- Seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit angin ahmar dan tidak mampu mengurus diri sendiri.

Rumah keempat : Encik Endi Nuhairi bin Md Nor, Taman Seri Pengkalan.

- Sakit terlantar kerana mengidap penyakit halusinasi..juga mempunyai penyakit sawan, kerap hilang daya ingatan, tidak boleh bercakap dan anggota kaki serta tangan juga tidak mampu bergerak.

Rumah kelima : Puan Zaharah binti Marzuki, Taman Kebaya.

-Suami beliau menghidap penyakit angin ahmar dan kini terlantar sejak 10 tahun.

Kami sampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan untuk merek, meringan dan mengurang bebanan hidup mereka.

Kita sama-sama bantu mereka dan kita doakan mereka diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman mafhumnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” - Surah al-Baqarah ayat 155.

FB:  Program Ziarah Kasih Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di DUN Rembia WRUR

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat