|

RAYSAS Menerima Kunjungan Adinda Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

 RAY1

RAY2

RAY3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj MAIM (RAYSAS) menerima kunjungan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Kunjungan ringkas ini memberi ruang dan peluang kepada beliau mengenang bahawa nama RAYSAS diambil sempena ayahanda beliau, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, yang turut memainkan peranan penting dalam penubuhan awal RAYSAS.

Beliau turut meninjau keadaan fasiliti yang disediakan dan memberi pandangan serta idea berkaitan hala tuju pembangunan sahsiah dan infra yang ada di RAYSAS.

Turut berpeluang anak-anak RAYSAS bergambar bersama beliau sambil beramah mesra dan bertanya khabar. Satu memori indah buat anak-anak RAYSAS diberi peluang menerima kunjungan Y.A.M. Tengku Puteri Nor Zehan. Hadir sama mengiringi beliau Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).” - Surah al-An’am ayat 152.

FB:  RAYSAS Menerima Kunjungan Adinda Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat