|

SAZ Cawangan Masjid Tanah Menyantuni Asnaf Ditimpa Ujian

 CAL1

CAL2

CAL3

 

Assalamualaikum dan Salam Syawal

Alhamdulillah hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah turun padang menyantuni makcik Narimah binti Ab Latiff di Kampung Padang Keladi, Durian Tunggal yang telah ditimpa ujian kebakaran kecil di bahagian bilik tidur malam tadi.

Berdasarkan laporan, punca kebakaran adalah daripada litar pintas unit penghawa dingin. Alhamdulillah syukur sangat-sangat makcik Narimah selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Untuk sementara waktu, makcik Narimah yang juga merupakan ibu tunggal seorang diri menumpang dirumah anak saudaranya yang tinggal berdekatan. SAZ MAIM diketuai Puan Nadirah binti Ismail turun menyantuni dan melihat sendiri keadaan makcik Narimah serta keadaan bilik yang terbakar.

Kita sumbang bantuan awal wang tunai dan kit makanan untuk ringankan beban ujian yang ditanggung nakcik Narimah. Insha Allah sekiranya memerlukan bantuan tambahan lain akan dipertimbang dan dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Doakan kesihatan makcik Narimah dan sabar dengan ujian yang menimpa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” - Surah Al Baqarah - ayat 286.

FB:  SAZ Cawangan Masjid Tanah Menyantuni Asnaf Ditimpa Ujian

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat