|

SAZ Cawangan Masjid Tanah Turun Padang Dan Menyantuni Orang Asnaf

TN1

TN2

TN4

TN5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Malang tidak berbau apabila sebuah rumah hangus terbakar di Kampung Simpang Ampat DUN Taboh Naning dan meluang masa menyantuni orang asnaf dan mereka memerlukan di DUN Tanjung Bidara. 

Pakcik Noor Rahmad bin Abdul Razak selamat dan kini ditempatkan di rumah transit DUN Taboh Naning, manakala rumah makcik Faezah binti Aziz hanya berlaku kebakaran kecil. Syukur tiada kerosakan yang kebih teruk.

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah segera turun padang bersama Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud menyantuni dan melihat keadaan rumah berkenaan, turut sama meninjau keadaan, ADUN Taboh Naning, YB Datuk Zulkiflee bin Mohd Zin.

Disamping itu, meluang masa menyantuni orang asnaf  dan bertanya khabar mereka, yang kurang sihat kita berikan semangat dan doa dan kita juga sumbang bantuan wang tunai dan kit makanan bagi meringan kehidupan mereka. Amanah zakat tetap kita tunaikan kepada mereka.

Mereka yang kami ziarah antaranya Encik Sam Bin Mahat di Taman Seri Aman, Encik AB Khalim bin Baba di Kampung Pulau, Encik Zainal Abidin bin Sentol di Taman Abdullah Samad, Encik Mohd Nasir di Kampung Pengkalan Balak dan PuanTimah Bte Manap di Kampung Air Hitam Darat.

Segera kami sampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan bagi meringankan beban mereka. Insha Allah bantuan susulan akan dipertimbang melalui agensi yang berkaitan.

Kepada semua masyarakat Islam di negeri ini, sama-sama kita menjadi mata dan telinga menyampaikan maklumat mereka yang memerlukan untuk dibantu dengan sebaiknya. Sama-sama kita doakan kesihatan dan kehidupan mereka sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Allah SWT berfirman mafhumnya : "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - Surah al-Taubah : ayat 60.

FB:  SAZ Cawangan Masjid Tanah Turun Padang Dan Menyantuni Orang Asnaf

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat