|

SAZ Turun Padang Meninjau, Menilai Memantau Panel Pembekal Makanan

 SAZ MT1

SAZ MT2

SAZ MT4

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Minggu ni kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) turun padang meninjau, menilai memantau panel pembekal makanan yang di lantik disetiap pelusuk daerah. Kita round buat spot check bermula 5/7/2025 - 13/7/2025.

Kita semak kualiti barang, senarai barangan makanan, harga dan keadaan kedai panel. Dalam bersih atau tidak, barang disusun dengan cantik, tarikh luput makanan tu paling utama. Yang paling wajib mesti ada tanda logo halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Keperluan lain yang akan kita tambah baik kita sediakan QR code untuk asnaf kita membuat penilaian. Bagus atau tidak perkhidmatan yang disediakan panel pembekal, tak bagus kita tegur atau tindakan susulan di ambil.

Insha Allah MAIM akan pastikan segala keperluan barangan asnaf disediakan dalam keadaan baik, berkualiti dan harga yang mampu milik oleh asnaf. Sebagai makluman bersama MAIM telah melantik 75 panel pembekal makanan seluruh negeri Melaka. Doakan MAIM dan semua panel ini mampu menyediakan perkhidmatan bantuan makanan kepada asnaf dengan lebih berkesan.

Juga sama-sama doakan semoga dengan langkah kecil yang dilaksanakan ini dapat meringankan nasib golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini serta memberi ruang pilihan kepada mereka untuk mengambil keperluan asasi sebenar setiap bulan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil." - Surah al-Nisa’ ayat 58.

"Membangun Ummah Madani"

FB:  SAZ Turun Padang Meninjau, Menilai Memantau Panel Pembekal Makanan

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat