|

Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara, Negeri Melaka Telah Menyertai Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Agensi Penaja Latihan Kenegaraan Tajaan Pendidikan ke Luar Negara Tahun 2026

 S PLAN1

S PLAN2

 S PLAN3

Assalammualaikum dan Salam Muhibbah

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara negeri Melaka (S-PLAN) telah menyertai Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Agensi Penaja Latihan Kenegaraan Tajaan Pendidikan ke Luar Negara Tahun 2026.

Bengkel ini melalui anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri (PPM) telah diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah selama tiga hari bermula 12 hingga 14 November 2025.

Bengkel ini diadakan bagi tujuan menyelaras program yang diwajibkan kepada semua pelajar yang menerima tajaan pendidikan agensi kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Untuk makluman bersama, Sekretariat S-PLAN ini merupakan agensi yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) bagi mengurus tatakelola pengurusan pengajian pelajar ke Timur Tengah khususnya bagi anak-anak di negeri Melaka..

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat” -Surah al-Mujadalah ayat 11

FB:  S-PLAN Menyertai Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Agensi Penaja Latihan Kenegaraan Tajaan Pendidikan ke Luar Negara Tahun 2026

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat