


Alhamdulillah Seminar Psikologi Bilangan 1 Tahun 2025 Muallaf Negeri Melaka bertajuk "Muallaf Sejahtera: Bina Kehidupan Dengan Sokongan" telah diadakan pada 5 Februari 2025.
Seminar psikologi ini telah melibatkan peserta dalam kalangan Muallaf bersama penceramah jemputan, YBrs. Dr. Muhammad Ajib Bin Abd Razak, Pensyarah di Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTRA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seminar psikologi bertajuk "Muallaf Sejahtera: Bina Kehidupan Dengan Sokongan" ini telah diadakan bagi memupuk dan memberi kesedaran kepentingan kesihatan psikologi dan kaunseling, serta memberi pendedahan berkaitan cara-cara menguruskan tekanan dan isu harian dengan membentuk sistem sokongan masyarakat setempat dalam kalangan Muallaf di Negeri Melaka.
Semoga perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan bagi seminar psikologi yang telah diadakan ini sedikit sebanyak dapat membantu Saudara Baru kita di Negeri Melaka menjalani kehidupan seharian serta meningkatkan kesejahteraan hidup setiap individu.
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, belas kasihan, dan hubungan baik mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan berjaga malam dan merasakan demam.” {Hadis Riwayat Muslim}
FB: Seminar Psikologi Bilangan 1 Tahun 2025 Muallaf Negeri Melaka



