|

Sumbangan Komputer Hasil Daripada Dana Kutipan Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM)

 top1

top2

top3

top4

top5

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah berpeluang hari ini bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis menyampaikan sumbangan seunit komputer bernilai RM 2,900.00 (seunit).

Dua (2) buah Sekolah Rendah Agama JAIM di Daerah Melaka Tengah.

- SRA JAIM Taman Thamby Chik Karim

- SRA JAIM Taman Bukit Rambai 2

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyampaikan sumbangan satu unit komputer di tiga (3) Sekolah Rendah Agama (JAIM) sekitar Daerah Jasin.

- SRA JAIM Kampung Jus

- SRA JAIM Chinchin

- SRA JAIM Kesang Tua

Sumbangan dua (2) buah Unit komputer kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Seri Bandar.

Bersama kami juga hari ini, Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Encik Norazmi bin Hussin.

Matlamat dan tujuan sumbangan ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada guru-guru di sekolah berkenaan memanfaat sumbangan komputer hasil daripada dana kutipan Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Pada tahun ini sebanyak 10 buah SRA JAIM sekitar negeri ini terpilih menerima sumbangan yang sangat bermakna ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan mendapat sokongan dan dokongan daripada semua umat Islam di negeri ini.

Kepada semua masyarakat Islam di negeri Melaka mahupun luar negeri Melaka, yang berhajat dan berbesar hati untuk membuat amal jariah boleh terus hubungi MAIM di talian 06-2837416 atau boleh terus scan QR Code yang kami sediakan di bawah. Insha Allah manfaatnya akan kita sebar kuaskan demi maslahat umat Islam di negeri Melaka yang tercinta ini.

FB:  Sumbangan Komputer Hasil Daripada Dana Kutipan Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM)

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat