|

Taklimat Pelajar Baharu Ke Timur Tengah Anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka

 

ABROAD1

ABROAD2

ABROAD3

ABROAD4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini seramai 20 orang pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah hadir mengikuti Taklimat Pelajar Baharu Ke Timur Tengah anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka (S-Plan) bertempat di Kompleks Darul Huda MAIM.

Agensi yang terlibat dan juga rakan strategik S- Plan ialah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Kolej Al Quran Sayyidina Ali (KAQSA) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Pada tahun ini seramai 19 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu :-

- Mesir -16 orang pelajar

- Jordan - seorang pelajar

- Maghribi (Morocco) - 2 orang pelajar

Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pensyarah Fakulti Keilmuan UNIMEL, Ustaz Adam bin Badrulhisham, Pensyarah KAQSA, Ustaz Mokhtar bin Mahadi dan Pensyarah KAQSA, Ustaz Muhammad Aizuddin bin Abdullah.

Usahasama ini juga bertujuan bagi memastikan kelancaran pengurusan pelajar dan kebajikan mereka sepanjang pengajian akan diberi keutamaan sewajarnya. Doakan pelajar-pelajar ini berjaya dalam pengajian mereka dan seterusnya menjadi pemangkin pemacu pimpinan negara di masa akan datang. 

Rasulullah SAW bersabda : "Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan ALLAH SWT benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan." - Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud.

FB:  Taklimat Pelajar Baharu Ke Timur Tengah Anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : [email protected]

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 26 November 2025, 02:09:42.

Total Visitors

003966448

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat