|

BSAT Mulakan Gerakan Menyelusuri Singgah Sahur ke Beberapa Buah Agensi Barisan Hadapan Sekitar Daerah Melaka Tengah

BOM1

BOM2

BOM3

BOM4

 

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Alhamdulillah pagi Sabtu minggu ni kami Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) mulakan gerakan menyelusuri singgah sahur ke beberapa buah agensi barisan hadapan sekitar daerah Melaka Tengah, Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud pun ada bersama.

Tepat jam 2 pagi, kami sampai di lokasi pertama Balai Bomba Dan Penyelamat Tangga Batu di Bukit Rambai, meriah disambut mesra abam-abam bomba walaupun sibuk dengan operasi tetap senyum sambut kami dijamu lagi dengan roti lawan sup kambing. 

Lokasi kedua Balai Polis Tanjung Minyak, serah kit makanan sahur yang berisi kopi isian segera, biskut, roti dan sudah semestinya buah kurma, segak menjaga keamanan.

Selesai je terus singgah pula di Wad Kecemasan Hospital Melaka, kita jengah doktor dan kakitangan hospital yang 24 jam bersedia merawat pesakit, hebat diaorang hanya jauhari yang mengenal manikam, demi lencana di dada.

Lokasi terakhir kami santuni anak-anak di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun, sampaikan sumbangan kit makanan untuk mereka bersahur bersama dan solat bersama. Lauk sahur pun sedap yang penting adik-adik semua gembira.

Alhamdulillah selesai jelajah sahur kami pagi ni. Terima kasih sudi terima kehadiran kami doakan mereka semua diberi kesihatan dan kekuatan dalam melaksanakan tugasan, tunggu singgah sahur kami seterusnya minggu depan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi penegak keadilan, menjadi saksi bagi Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.” - Surah An-Nisa - 4:135.

FB: BSAT Mulakan Gerakan Menyelusuri Singgah Sahur ke Beberapa Buah Agensi Barisan Hadapan Sekitar Daerah Melaka Tengah

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat