|

Kunjungan Hormat Daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya & Melaka

 JKM1

JKM2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya & Melaka bertempat di Pusat Islam Melaka. Kehadiran delegasi berkenaan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kebajikan Produktif, Puan Rafidah binti Abdul Aziz disambut mesra oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan pelaksanaan pengintegrasian Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuan JKM) dan Sistem Bantuan i-Asnaf MAIM bagi tujuan pengaksesan data secara dua hala. Pertemuan ini juga antara lain memupuk dan menjalin kerjasama serta berkongsi idea mahupun pandangan kedua-dua belah pihak terutama berkaitan penambahbaikan sistem pengurusan bantuan yang lebih efektif dan produktif.

Semoga kerjasama ini dapat dieratkan lagi demi menjaga maslahat asnaf.

Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - Surah Al-Taubah ayat 60.

FB: Kunjungan Hormat Daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya & Melaka

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat