|

MAIM Menyampaikan Bantuan Komputer Riba Kepada 25 Orang Anak Asnaf

 LAPTOP1

LAPTOP2

LAPTOP3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berbesar hati menyampaikan bantuan komputer riba (laptop) kepada 25 orang anak asnaf yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke beberapa buah institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Tugas Khas MAIM merangkap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. 

Sumbangan ini juga memberi sedikit ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf mengikuti pengajian mereka dengan lebih mudah dan membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan memiliki peranti untuk pembelajaran, di samping mengurangkan jurang digital dan memastikan akses kepada pendidikan dengan lebih efektif.

Doakan kejayaan mereka demi masa depan yang lebih bersama keluarga. Kami di MAIM hanya penyampai amanah pembayar zakat, merekalah yang akan menentukan hala tuju kehidupan mereka ke arah yang lebih berdaya saing malah mendapat keberkatan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka dia adalah fisabilillah sehingga dia kembali” - hadis Riwayat al-Tarmizi.

FB:  MAIM Menyampaikan Bantuan Komputer Riba Kepada 25 Orang Anak Asnaf

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat