|

Majlis Anugerah Tunas Inspirasi (MAIM) 2025

matin251

matin252

matin254

matin255

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah seramai 98 orang anak asnaf berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan bidang kokurikulum sepanjang tahun 2024 lalu.

Mereka mendapat pencapaian cemerlang dalam lima peperiksaan utama iaitu Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rosli bin Abdullah, turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM), Puan Mahfudzah binti Mohamed Noor. Hadir sama Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ybhg. Profesor Datuk Dr. Mizan bin Hitam dan Dr. Mihamad Nazli bin Omar serta Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Yusoff.

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya, sebahagian mereka sedang melanjutkan pengajian di beberapa buah universiti awam dan swasta di dalam negara mahupun luar negara seperti di Mesir, Jordan dan Maghribi. 

Buktikan adik-adik semua mampu membantu keluarga dari segi kehidupan, kewangan dan kebajikan, kami di MAIM sentiasa bersedia dan berlapang dada membantu adik-adik untuk lebih berjaya di masa akan datang. Ingat adik-adik, bukan orang lain yang akan mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik pengakhirannya, hanya diri kita sahaja yang menentukan putih atau hitamnya kehidupan kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya." - Surah al-Ra'd - ayat 11.

FB:  Majlis Anugerah Tunas Inspirasi (MAIM) 2025

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat