

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Sesi Menandatangani Laporan Penambahbaikan Kerja Berhubung Sistem dan Prosedur Garis Panduan Mesyuarat Jawatankuasa Sumbangan Pembaikan dan Pembinaan Masjid dan Madrasah (JKPSM) bertempat di Pusat Islam MAIM.
Sesi tandatangan disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka (SPRM), YBhg. Datuk PKPj Adi Supian bin Shafie.
Hadir menyaksikan sesi ini Pengurus Baitulmal MAIM Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh)."
-Hadis Riwayat al-Tabarani



