




Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Seramai 118 orang ahli Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) hadir menerima watikah pada Majlis Watikah Pelantikan Sukarelawan BSAT Tahun 2025 dan Program Kesiapsiagaan Bencana Simulasi Operasi Menyelamat dan Bantuan yang telah diadakan di Kompleks JAPERUN Ayer Molek.
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Rahmad bin Mariman hadir menyampaikan amanat dan titipan semangat kepada mereka.
YB Datuk turut berbesar hati menyampaikan sijil watikah sukarelawan dan tidak lekang senyuman dan nasihat bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan penuh keikhlasan.
Hadir bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Haji Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff.
Program ini turut diselangi dengan sesi taklimat dan simulasi semasa bencana alam dari pelbagai agensi terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Melaka (APM Melaka).
Pastinya dengan sesi simulasi secara pratikaliti ini dapat meningkatkan lagi tahap kesiap siagaan anggota sukarelawan MAIM dalam menempuh pelbagai kejadian dan risiko bencana alam di negeri ini.
Firman Allah SWT mafhumnya : “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” - Surah al-Qasas ayat 77.



