|

Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka 2025

 PBAA1

PBAA2

PBAA3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Lensa dan bingkisan Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka. Disempurnakan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman, pesan Datuk sangat mudah, bekerja penuh sepakat, kalau tak sepakat hidup jadi tak berkat.

Turut disampaikan penyampaian sijil pengharagaan kepada agensi agama Islam Melaka yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji, agensi yang telah membuat potongan ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ,Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPSNM), MAIM Holdings Berhad (MHB) dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi (KFAK).

Tahniah diucapkan semoga keberkatan zakat ini dapat membantu sosio kehidupan asnaf di negeri ini. Hadir pada majlis ini Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Pengarah JAIM, Ybhg Datuk Md Azhan bin Samat dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Surah At -Taubah ayat 103.

"Membangun Ummah Madani"

FB:  Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka 2025

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat