



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah selesai hari ini majlis ringkas Penyempurnaan Program Gotong Royong Kasih Asnaf di rumah pakcik Zakariah bin Abdul Wahab di Kampung Pinang A sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Klebang. Gimik perasmian plak disempurnakan oleh ADUN Klebang, YB Datuk Lim Ban Hong bersama Pegawai Agihan Zakat Melaka Tengah, Tuan Haji Mohd Dino bin Md Delan. MAIM turut sampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan.
Semalam kami MAIM bersama Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bergotong royong membersih, mengemas dan mengecat rumah pakcik Zakariah. Kami turut sediakan tikar getah baharu, almari dapur baharu dan sofa baharu.
Insha Allah beri sedikit keselesaan pada keluarga pakcik Zakariah untuk berehat dengan lebih selesa. Terima semua yang terlibat.
Kepada sesuapa yang ingin turut serta program sukarelawan MAIM, boleh terus hubungi BSAT MAIM di talian 06-2868109.
Allah SWT berfirman mafhumnya :
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” - Surah al-A’raf ayat 31.
FB: Program Gotong Royong Kasih Asnaf WRUR DUN Klebang



