|

Program Hope2Learn Anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Untuk Anak-Anak KAYFAZ

 HOPE1

HOPE2

HOPE3

HOPE4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Syukur pada Allah SWT hari ini, anak-anak Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zahra MAIM (KAYFAZ) berkelana agak jauh sikit ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah di Lendu mengikuti Program Hope2Learn yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Diploma Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan.

Bersama kali ini juga penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ). Pengisian yang amat baik meneliti tahap kesiapsagaan mentaliti dan fizikal peserta bagi menjadi anak, pelajar dan insan berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa akan datang.

Peserta diberi ruang melihat persekitaran kampus khususnya bangunan kuliah, dewan dan perpustakaan fakulti. Juga diberi peluang menikmati keindahan flora dan fauna sekitar kawasan UITM. Tepat jam 2.30 petang perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan UiTM, Puan Dr. Siti Normah binti Awamg Tuah.

Terima kasih juga kepada Pengurus KAYFAZ, Puan Hajah Norwati binti Sabudin dan Pengurus PKAYIDJ, Tuan Haji Isa bin Jolam sudi meluang masa hadir bersama pada program ini.

Doakan anak-anak KAYFAZ dan PKAYIDJ dapat melanjutkan pengajian mereka di UiTM ini dan mana-mana IPTA yang lain demi memastikan mereka menjadi insan dan pemangkin kehidupan kepada sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Jutaan terima kasih kepada pihak UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sudi berkolaborasi bersama dalam program ilmiah ini, ada masa ada ruang ada pilihan, kita jumpa lagi nanti insha Allah.

Allah SWT berfirman mafhumnya : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” -

FB:  Program Hope2Learn Anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Untuk Anak-Anak KAYFAZ

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat