|

Program Malam Cinta Rasul Mualaf Berselawat Negeri Melaka

 MCRMB1

MCRMB2

MCRMB3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah syukur dengan nikmat iman dan Islam bersama pada malam ini dapat meraikan Program Malam Cinta Rasul Mualaf Berselawat Negeri Melaka.

Diserikan dengan solat Maghrib dan solat Isya' berjemaah, bacaan Maulid Ad Diba'i, alunan qasidah dan disulami tausiyah yang telah disampaikan oleh AlFadhil Al Allamah Habib Dr. Mustafa bin Abdul Wahhab Al Haddar dan diterjemah oleh Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Arifin bin Haji Ab Rahim.

Bersama malam ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis serta Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.

Alhamdulillah ramai hadir, saudara baharu muslim kita bersemangat semuanya bersama keluarga bersama sanak saudara.

Menyemai, memupuk dan mengimarah kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua dalam lindungan syafaat Baginda Rasulullah SAW dan ditempatkan kita bersama di Syurga Firdaus.

Firman Allah SWT mafhumnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." Surah Al-Ahzab ayat 56.

FB:  Program Malam Cinta Rasul Mualaf Berselawat Negeri Melaka

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat