



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah seramai 16 orang peserta terdiri daripada ibu hamil dan ibu yang baru lepas bersalin menghadiri Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (UMMICARE) bagi penerima bantuan asnaf (fakir & miskin) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Program anjuran Bahagian Agihan Zakat MAIM ini memberi peluang dan ruang kepada ibu-ibu ini bagaimana menjaga kesihatan mereka dan bayi mereka selepas bersalin. Turut diberi peluang kepada mereka sebagai individu yang mengamalkan penjagaan ibu berpantang secara profesional.
Ceramah sesi pertama bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustazah Muna binti Madon. Sesi ceramah seterusnya, bersama penceramah jemputan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Dr. Risq Atiqah Munirah binti Mohamed Mustafa. Pelbagai nasihat dan tips berkaitan perancangan keluarga disampaikan.
Syukur mereka masih kekal fokus pada sesi ini. Manfaat mendapatkan rehat yang cukup, kaedah penyusuan susu ibu yang betul, menjaga kebersihan diri, makan makanan yang berkhasiat, bersenam ringan, dan mendapatkan sokongan mental.
Juga diberikan penekanan berkaitan mandi wajib, aqiqah, pemberian nama yang baik, tahnik, dan mencukur rambut bayi menurut Islam. Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan hadir sama meraikan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
Semoga perkongisan ilmu pada program dapat dimanfaat bersama keluarga mereka. Terima kasih kepada pembayar zakat negeri Melaka.
Sabda Rasulullah SAW : "Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa." - Hadis Riwayat al-Tirmizi.
FB: Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (UMMICARE)



