|

SAZ bersama ADUN Kuala Linggi Menyantuni 6 Buah Keluarga Asnaf

 dun L1

dun L2

dun L3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Bulan Rejab bulan keberkatan, Alhamdulillah di bulan mulia ni kami Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah (SAZ) bersama ADUN Kuala Linggi, YB Datuk Rosli bin Abdullah menyantuni asnaf di sekitar DUN berkenaan, turut turun padang hari ini Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.

6 buah keluarga kami kunjungi dan bertanya khabar mereka. Alhamdulillah walaupun diuji dengan pelbagai kesulitan namun mereka bersyukur menerima ziarah dari kami.

Sebahagian asnaf kita hari ini ada yang menghidap penyakit kronik antaranya penyakit strok dan kencing manis yang sangat kritikal. Asnaf kita juga ada yang masih mampu bekerja namun masih belum mencukupi menyara keluarga lagi-lagi anak-anak yang sedang belajar di sekolah dan universiti.

MAIM turut melihat keadaan anak-anak asnaf kita hari ini semuanya hebat dalam pendidikan serta ada yang aktif bermain hoki dan bolasepak dan bersekolah di sekolah sukan terkenal di negeri ini.

MAIM turut sampaikan bantuan kit makanan dan wang tunai dan akan mempertimbang beberapa bantuan yang sesuai untuk keluarga asnaf ini.

Pendidikan anak-anak asnaf merupakan tumpuan utama MAIM bagi memastikan mereka mendapat pendidikan dan pelajaran yang terbaik. Bukan nak apa pun, cukup nanti dengan pendidikan yang ada, mereka boleh membantu menyara keluarga dengan mendapat pekerjaan yang lebih baik di masa akan datang.

Kepada ibu bapa asnaf kita, pastikan anak-anak semuanya mendapat ilmu pendidikan dan paling penting jagalah adab dan tingkah laku.

Kepada masyarakat di luar sana, bantu dan jadilah mata dan telinga kami. Sampaikan kepada kami, mereka yang benar-benar dalam kesusahan. Janganlah dihinanya kami, diherdiknya kami hanya kerana terlepas pandang. Tapi sama-samalah kita membantu baiki mana yang lemah dan kukuhkan mana yang teguh.

FB: SAZ bersama ADUN Kuala Linggi Menyantuni 6 Buah Keluarga Asnaf

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat