|

SAZ Dengan Kerjasama JAPERUN, JKM dan PERKESO Telah Melaksanakan Program Pemutihan Asnaf MAIM di DUN Serkam

JAPERUN2

JAPERUN3

JAPERUN4

 

Assalamualaikum Salam Muhibbah

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Agihan Zakat dengan kerjasama JAPERUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Program Pemutihan Asnaf MAIM di DUN Serkam bermula bulan tahun ini.

Perlaksanaan ini dibuat secara berperingkat bagi melihat dengan lebih jelas kondisi dan situasi keluarga asnaf sama ada sewajarnya mereka boleh keluar dari golongan miskin (kepompong kemiskinan) atau memerlukan keperluan tambahan khususnya melibatkan kebajikan mereka dan anak-anak mereka.

Di dalam DUN Serkam, seramai 100 keluarga telah selesai dinilai semula tahap pendapatan dan kebajikan mereka, taklimat serta pencerahan secara teliti juga telah dikongsi bersama pihak JAPERUN dan JPKK terlibat bagi mengelak sebarang kekeliruan dan objektif tepat program ini dilaksanakan.

Bukan kita menghukum, tapi kita memastikan agihan dana zakat dapat disalurkan kepada mereka khususnya asnaf yang benar-benar layak. Doakan amanah ini dipermudah dan diberkati Allah SWT.

Allah SWT berfirman mafhumnya :

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, yang dijinakkan hatinya (muallaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan: sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - Surah At Taubah ayat 60.

FB:  SAZ Dengan Kerjasama JAPERUN, JKM dan PERKESO Telah Melaksanakan Program Pemutihan Asnaf MAIM di DUN Serkam

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat