



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini seramai 20 orang pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah hadir mengikuti Taklimat Pelajar Baharu Ke Timur Tengah anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka (S-Plan) bertempat di Kompleks Darul Huda MAIM.
Agensi yang terlibat dan juga rakan strategik S- Plan ialah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Kolej Al Quran Sayyidina Ali (KAQSA) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).
Pada tahun ini seramai 19 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu :-
- Mesir -16 orang pelajar
- Jordan - seorang pelajar
- Maghribi (Morocco) - 2 orang pelajar
Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pensyarah Fakulti Keilmuan UNIMEL, Ustaz Adam bin Badrulhisham, Pensyarah KAQSA, Ustaz Mokhtar bin Mahadi dan Pensyarah KAQSA, Ustaz Muhammad Aizuddin bin Abdullah.
Usahasama ini juga bertujuan bagi memastikan kelancaran pengurusan pelajar dan kebajikan mereka sepanjang pengajian akan diberi keutamaan sewajarnya. Doakan pelajar-pelajar ini berjaya dalam pengajian mereka dan seterusnya menjadi pemangkin pemacu pimpinan negara di masa akan datang.
Rasulullah SAW bersabda : "Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan ALLAH SWT benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan." - Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud.



