|

Turun Santuni Adik Nor Aimi Zuhairah binti Muhammad Hafidz

GH1

GH2

GH3

 

Kami turun santuni adik Nor Aimi Zuhairah binti Muhammad Hafidz yang kini menghidap kanser darah (leukemia) sejak 2 tahun lalu, kini berada di Hospital Melaka mendapatkan rawatan susulan.

Berusia 14 tahun dan masih bersekolah, sakit dan ujian ini tetap dihadapi dengan tabah dan sabar oleh keluarga adik Nor Aimi. Kedua ibu bapanya juga bekerja sendiri dengan menbuka kedai makanan secara kecil-kecilan.

Memerlukan perbelanjaan kos rawatan keseluruhan berjumlah RM 123,600.00. Kami di MAIM hadir menyampaikan sumbangan RM 25,000 bagi menampung sebahagian kos rawatan adik Aimi, masih menjalani rawatan susulan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (HTA) dengan proses rawatan yang agak panjang.

Namun dari riak wajah adik Aimi, kami yakin beliau sangat kuat mengadapi ujian besar ini masih tersenyum dan ceria menyambut kehadiran kami.

Kami juga mengalu-alukan kesudian orang ramai khususnya masyarakat Islam dan individu korporat untuk sama-sama membantu menyumbang kos rawatan adik Aimi. Di sini juga kami sertakan bersama poster sumbangan yang telah disediakan oleh pihak keluarga adik Aimi.

Firman Allah SWT: "Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami mengenai adanya orang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita tentang keadaan kamu." - Surah Muhammad ayat 31.

FB: Turun Santuni Adik Nor Aimi Zuhairah binti Muhammad Hafidz

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 26 November 2025, 02:09:42.

Jumlah Pelawat

003966448
Today: 1
Yesterday: 2
This Week: 991
This Month: 7,222
This Year: 134,308

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
Cik Iman
Tanya Cik Iman
Kadang-kadang jawapan Cik Iman mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya Cik Iman
Buka chat